SELAMAT DATANG

Wednesday, May 27, 2009

"Selamat Hari Lahir Ayah"


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Assalamualaikum kpd semua pembaca setia..ruangan2 blog di alam maya ini untuk menmbahkan ilmu...salam semanis madu buat shbt2,guru2,jiran2 di rumah...adik2...ibu tersayang, NorSaedah Bt Hj Ahmad...dan Buat Ayah Tersayang...Mohd Nasir Bin Sidi..

"SELAMAT HARI LAHIR AYAHKU...
MOHD NASIR BIN SIDI...TANGGAL 2 JAMADILAKHIR 1430 H..
27 MEI 1967...PADA HARI RABU..."

Akak,adik2 dan emak ucapkan selamat hari lahir ayah...moga di hari yang indah ini, dirimu lebih gembira,lebih ceria berbanding hari2 sebelumnya... kami doakan ayah dipanjangkan umur, dmurahkan rezeki..dpermudahkan sgala urusan...dikuatkan semangat..ditabahkan hati dalam menghadapi dugaan hidup...dan moga dirimu sentiasa dirahmati Allah..
Mlm semalam akak tpon ayah, jam 12.30...ayah dah tido...akak wish kat ayah..ayah gembira jer..ayah terkejut...ayah xingat hari ni hali lahirnya...hehe, lucu...la...tgah mamai kot..
Hum...akak ckp kat ayah...akak akan bg hadiah yang besar kat ayah kan...??
Ayah tunggu ya...hadiahnya akan diperolehi nanti, InsyaAllah...dengan izinNya...hadiah yang x ternilai harganya..."sebuah kejayaan dari akak dan abg amin"...buat ayah dan emak...yang telah banyak bersusah payah membesarkan kami....trima kasih ayah,emak...
Ayah dan emak doakan akak dan abg amin sihat dan berjaya ya...di KUIS nie...:)
Moga abg amin ditabahkan hati dalam mengharungi kehidupan baru di bumi KUIS ni...InsyaAllah ayah..akak dan abg amin akan memberikan kejayaan yang ayah dan emak impikan dari kami nanti...doakan ya ayah,emak...
InsyaAllah..akak akan menjaga abg amin baik2 di sini...mcm akak jga nyawa akak ayah...:)
Mula2 dia masuk sini kan ayah, abg amin akak tgk dia gembira dan suka sangat...walaupun mula2 dulu dia xnak...tapi akak tahu dia nak,hati dia dah terpaut kat KUIS...
Alhamdulillah setakat nie..dia ok,kwn2 abg amin pun ok...
Abg amin rajin g masjid...nanti akak ajak dia ikut prgram masjid...hehe
ayah jgn risau ya...anak2mu di sini akan selamat,sihat dan berjaya dengan izinNya...amiin...
Mdah2an keluarga kita bahagia dan dirahmati olehNya...InsyaAllah...:)




Monday, May 25, 2009

IStimewanya kaum HAWA.....!!!


  • "Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
  • Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
  • 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  • Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  • Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
  • Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala sepertimembebaskan 20 orang hamba.
  • Wanita yang melihat suaminya dengan kasihsayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
  • Wanita yang menyebabkan suaminya keluar danberjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita ituakan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuatdaripada Takut.
  • Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
  • Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
  • Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akanmendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
  • Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untukmemasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
  • Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan padasatu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
  • Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
  • Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
  • Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
  • Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
  • Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
  • RENUNGLAH... WAHAI WANITA
  • Sungguh istimewa. Jadilah yang terbaik. Sebagai anak, isteri dan ibu yang solehah. InsyaAllah.

Monday, May 18, 2009

Shbt2ku...umat islam..jgn berhenti BOIKOT!!!






salam terindah ku kirimkan, slm sejahtera penghuni syurga..salam yang harumnya melebihi kasturi..sejuknya melebihi embun pagi..salam sehangat mentari waktu dhuha...salam sesuci air telaga kautsar..salam penghormatan, kasih, cinta, dan ukhuwwah yang tiada pudar dalam setiap musim dan peristiwa..salam ingatan dan rindu kerana ALLAH....


Dua hari lepas..ana menemani sahabt ana,shaQilla ke Bandar Baru Bangi..berjumpa dengan adiknya..kami pergi ke sana dengan prebet pak cik din..alhamdulillah..selamt sampai dan selamat pulang... sebenarnya apa yang ana nak kongsi di sini...waktu balik ke kuis..dalam kereta..kami ada melalui..satu simpang 3 nie..di situ ..kami ternampak satu banner tergantung tentang barangan BOIKOT.. alhamdulillah..ana dan ShaQillah..gembira tengok..di sini maksudnya rakyat dan penduduk kita..masih punyai rasa prihatin dan sayang pada umat Islam kita di bumi palestin alhamdulillah ia masih kekal..dan masih utuh lagi..syukur padaMu ya Allah... Di banner tu ada tertulis... " jika kita tidak mampu untuk menyumbangkan senjata dan tenaga untuk membantu umat Islam di Palestin...janganlah kita membantu dalam membeli peluru untuk membunuh saudara Islam di Palestin.." ana dan Shaqilla menyalin ayat tu..di hpon..hingga kini masih ingat lagi..alhamdulillah..jadi di sini ana nak ingatkan pada semua dan pada diri ana juga.. adalah WAJIB kita membantu rakyat Islam di bumi Palestin..janganlah kita hnya memboikot barangan Yahudi laknatullah..pada waktu peperangan shj..selepas itu..tiada apa2.. ia masih kekal..dari dulu hingga kini dan selamanya..:) sama2lah kita istiqamah dalam beribadat dan berdoa kepada Allah..memberi keselamatan,kebahagiaan dan di permudahkan segalanya..dalam kehidupan kita...


Saturday, May 16, 2009

BAHAYA FLOURIDA !!!!



Assalamualaikum..buat keluarga yang dirindui..dan shbt2 perjuangan yang dikasihi semua..untuk post kali ni,ana nak terngkan tentang BAHAYANYA FLOURIDA..!!..mgkin perkara nie baru di dengar..dan ramai yang tidak mengambil berat tentangnya..
wktu cuti sem baru2 nie,ana balik ke kulim..di rumah,ayah dan adik2 ana ada bagi ana tentang satu artikel nie yang dia dapat waktu dia bertugas di Taiping..
mula2 ana tgk..terkejut jugak..yerla..ubat gigi yang selalu kita guna tiap pagi tu..adlah RACUN yang amat bahaya sekali!!..dan hingga boleh menyebabkan KEMATIAN...
trima kasih ayah..dan adik2...kalau tak..mungkin hingga kini ana xtahu pun mengenainya..
ptg td,ana cube on9..kat bilik..alhamdulillah..wireless kuat juga..senang ana nak dapatkan maklumat yang ana nak cari..alhamdulillah Allah permudahkan..
ana masuk laman web PPIM nak cari senarai barang boikot..dan ana ternampak juga tentang flourida nie..
bila dah tahu nie..eloklah kita sebarkan2..kpada smua orang..wktu mkan ptg td ana cerita pd shbt2 depan bilik ana..diorang takut mndgarnya...teringat ubat gigi yang dgunakan di rumah..COLGATE!!.. ibu,ayah dan adik2 yang menggunakannya di rumah..mg bahya..dan semua ubat gigiyang mempunyai flourida..
disini ana nak berkongsi kepada semua sahabat2 dan pembaca2 yang budiman..ketahuilah ia dan sebarkan lah ia..trima kasih..ya...

APA ITU FLOURIDA??
Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Fluorida merupakan racun tersembunyi (seperti sianida) yang memudaratkan, bertoksik dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan.


MENGAPA FLUORIDA BERBAHAYA?
Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai "ubat baru yang tidak diluluskan" kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya.
Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengkelaskan fluorida sebagai "ubat untuk pergigian yang tidak diluluskan" disebabkan kadar keracunannya tinggi.
Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.
Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.


MENGAPA KITA TIDAK MEMERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?
Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi keperluan seseorang. Pihak berkuasa di Malaysia telah menambahkan fluorida kedalam sistem bekalan pengairan dan oleh sebab yang demikian, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada. Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain. Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin. Sebagai rumusan, makanan lazim harian telah membekalkan sumber fluorida yang mencukupi untuk keperluan kita. Oleh sebab yang demikian, kita tidak lagi memerlukan tambahan fluorida melalui ubat gigi atau ubat kumur dan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang itu.

KES MAHKAMAH
Kesan-kesan buruk fluorida pada masa lalu pernah dibawa ke mahkamah. Apa yang dipercayai merupakan yang pertama. Colgate-Palmolive membayar pampasan sebanyak £1,000 (kini dianggarkan kira-kira RM 6,000) kepada keluarga seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Essex, England yang menderitai masalah "Dental Fluorosis" (enamel kotor dan berkarat), iaitu antara tanda pertama keracunan fluorida.

PENYELIDIKAN AWAM
Penyelidikan yang dijalankan pada pertengahan tahun 90-an oleh bekas ketua bahagian kimia Institut Penyelidikan Kanser Kebangsaan Amerika, mendapati kira-kira 10,000 kematian akibat kanser yang dikaitkan dengan penggunaan fluorida berlaku setiap tahun di Amerika Syarikat.
Penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat bagi Program Toksikologi Kebangsaan (NTP) pada tahun 1990-1991 menunjukkan kecenderungan peningkatan dalam osteosarkoma (salah satu kanser peringkat awal yang menyerang kanak-kanak) dalam tikus jantan yang diberikan fluorida. Menurut NTP, fluorida berkemungkinan bahan penyebab kanser kepada manusia."

AMARAN & PANDUAN
Pada tahun 1997, FDA telah menetapkan setiap Ubat gigi berfluorida yang dijual di Amerika Syarikat perlu meletakkan tanda amaran racun/bahaya:


“AMARAN: JAUHKAN DARI KANAK-KANAK BERUMUR 6 TAHUN KEBAWAH, SEKIRANYA TERTELAN MELEBIHI DOS YANG DITETAPKAN, SILA DAPATKAN RAWATAN PAKAR ATAU HUBUNGI PUSAT KAWALAN RACUN DENGAN SEGERA”

FLUORIDA MAMPU MENYEBABKAN:
- Kematian
- Kanser
- Ruam Kulit
- Luka Kanser
- Kelunturan Warna Gigi
- Masalah Gastrik
- Penyebab atau Membantu Menyebabkan Kerapuhan Tulang
- Keracunan Saraf
- Kanser Tulang
- Keretakan Tulang
- Membantu Menyebabkan Kekurangan IQ di Kalangan Kanak-kanak
- Meransang Masalah Buah Pinggang di Kalangan Pesakit

SUMBER MAKLUMAT:
Panduan CAP, Bahan Penyebab Kanser Dalam Kosmetik & Produk Kegunaan
www.fluoridealert.org





Friday, May 15, 2009

PENAWAR KELETIHAN...



Buat teman-teman seperjuangan..dalam mengharungi kehidupan seharian,kita seringkali mengeluh dengan beban tugas di kolej dan semua komitmen yang kita libat.Lagi2 pada masa ini, ramai sahabat yang keletihan dalam melaksanakan tugas sebagai fasilitator minggu ta'aruf pengambilan pertama yang bermula sejak 11hb lalu...hingga 17hb mei ini...mdah2an sahabat2 diberikan kekuatan oleh Allah untuk terus meneruskan tugas dan amanah yang telah diberikan...buatlah yang terbaik..di sini ada petua untuk dikongsi bersama, penawar bagi segala kepenatan… sama2 kita amalkan…

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.
Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :
“Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu.”
Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda S.A.W. bersabda:
“Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam.”
Inilah penawar ringkas yang Nabi S.AW. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah S.AW. ini. Katanya “Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku.”
Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca ‘Subhanallah’ (33 kali), ‘Alhamdulillah’ (33 kali) dan ‘Allahuakbar’ (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.
Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.
“Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun” (Sabda Rasulullah S.AW.)
“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.

Thursday, May 7, 2009

Seandainya ku tahu.....





  • Kalau ku tahu hari ini adalah kali terakhir melihat ayah tidur, akan kurangkul tubuh ayah erat-erat dan berdoa agar hidup ayah diberkati allah s.w.t

  • Jika ku tahu hari ini adalah kali terakhir aku melihat ayah melangkah keluar, akan kupeluk dan merayu agar ayah kembali segera

  • Jika ku tahu ini kali terakhir aku mendengar suara ayah yang merdu, akan ku rakam setiap gerak laku dan suara ayah supaya boleh kutonton setiap hari..

  • Jika ku tahu hari ini merupakan hari terakhir kita bersama, akan ku luangkan seminit dua untuk mengucapkan… “ayah, saya sayang ayah..”

  • Sememangnya esok akan menjelma dan kita masih boleh membetulkan keadaan. Masih ada esok untuk mengucapkan ‘saya,sayang ayah’..dan masih ada peluang utk bertanya, “boleh saya lakukan sesuatu buat ayah? tetapi aku mungkin tersilap dan hari inilah yang aku ada ,aku akan ucapkan betapa aku sayangkan ayah dan aku berharap kita tidak akan lupakan hari ini..

  • Esok bukan 1 janji buat sesiapa, tua atau muda dan hari ini mungkin peluang terakhir untuk menumpahkan kasih sayang pada ayah…

  • Mengapa menunggu sehingga esok..? kenapa tak lakukan hari ini…sekarang juga!

  • Jika esok akan menjelma kita tak akan menyesal, kerana tidak meluangkan masa untuk melimpahkan kasih sayang serta memuji ayah…mungkin ini adalah harapan terakhir..

  • Jadi hampirilah ayah..bisikkan ke telinga ayah betapa kita menyayanginya dan amat memerlukannya. Ambil masa untuk berkata.. “maafkan saya ayah..” “Terima kasih ayah”..” saya sayang ayah”…dan jika esok menjelma kita tidak akan menyesal….



Istimewa buat ayahanda ku yang tersayang...tinta ini ku titipkan khas buatmu..ayahku.. Mohd Nasir Bin Sidi... bertepatan juga tanggal pada 27 mei ini adalah hari lahirnya...
" selamat hari lahir ayah"....akak sayang ayah..sayang sangat... akak sayng ayah,mak dan adik2 semua...akak doakan moga keluarga kita bahagia..dan sentiasa diberkati oleh allah s.w.t...
Buat ayah..moga dirimu dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki...dan dipermudahkan segala urusan... akak tahu di sudut hatimu ayah... sejak ayah di tukarkan ke balai polis trafik di taiping, ayah tidak cukup rehat, letih...manakan tidak...ayah terpaksa berulang alik dari kulim ke taiping..seminggu 3 kali...untuk berjumpa kami anak2mu...walaupun dirimu penat..tapi ayah gagahkan jua bdan mu..untuk menghadapinya...bila di rumh,dengan letihnya, ayah sentiasa mempamerkan wajah yang manis,dengan senyuman yang tenang..walaupun ayah penat dan mempunyai masalah..tetapi ayah tetap sabar melayan kerenah kami anak2mu..
ini belum berhadapan dengan kerja2 di balai...menjaga trafik di jalan2... kadang2 sehingga pagi ayah bekerja..pernah ayah tidak tidur seharian...
ini semuanya untuk mencari nafkah buat kami sekeluarga...terima kasih ayah...
bila akak di kolej...akak sentiasa rindu bila teringat ayah,emak, dan adik2...tetapi akak kuatkan semangat..untuk belajar...ayah selalu pesan..."belajar rajin2"..."jgn tinggalkan solat"..."buat perkara yang baik shj,kalu rasa perkara itu x baik jgn buat.."..."jga diri"...dan ayah selalu memberi akak semangat untuk akak mencapai cita2 akak...terima kasih ayah...insyaAllah akak akan sentiasa ingat pesanan ayah itu...akak akn belajar pandai2..sampai akak bekerja..nanti akak boleh tolong ayah, emak dan adik2...kan..ayah jangan risau ya....
akak akan kuatkan semangat ayah...!!..
akak akan membantu keluarga kita..dan akak juga akan berjuang untuk agama kita...agama islam...alhamdulillah Ya Allah..kau telah kurniakan hmbamu ini keluarga yang bahagia...terima kasih Ya Allah...