SELAMAT DATANG

Tuesday, December 1, 2009

"PANDUAN KESIHATAN SECARA ISLAM" - siri 1



Cara- Tidur Yang Sebaik-baiknya Diamalkan oleh Rasuullah s.a.w.
# tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 malam dengan keadaan berwudhuk
# Bangkitlah awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwudhuk dan bersembahyang tahajjud
#kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar
#tidurlah dengan mengiringkan badan
di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas , supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. tidurlah sedemikian darri mula hingga akhirnya.

Waktu-waktu yang Tidak Dibenarkan Tidur
- awal-awal pagi setelah terbit matahari
- selepas waktu asar -tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan

Bahaya tidur di siang hari
dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:
+ mendatangkan penyakit-penyakit kulit
+ merosakkan warna kulit

+melemahkan jantung

+menambahkan tekanan perasaan yang meluap
+melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat

+ melemahkan kecerdasan akal

Saturday, November 28, 2009

"indahnya KASIH SAYANG"


Indahnya kasih sayang itu jika ia diamati dgn sebenar2nya....
rugila jika kita tidak menghargai rasa syg itu walaupun hanya sedikit...
syg menyayangilah antara kita semua....di antara satu sama lain....
semailah kasih syg dan benih dan bajailah ia...dgn seikhlas hati....
hnya yang merasai....dpt merasai...kasih sayang itu....
tanpa kasih syg tiadalah UKHUWWAH......

"kuntum cinta rabitah ini akan terus berbunga dan tumbuh segar, sesegar kuntuman nailofar, ianya berputik di sini , akan berbunga dan bersemi di SANA, Ya Allah...satukanlah hati kami para pejuang agamamu........mogajelas fikrah dijiwa dalam perjuangan islam tercinta untuk merebut mardhatillah utk selamanya...."

"fitrah insan ingin mencintai, raikan ia dengan cinta illahi, fitrah insan ingin merindui, sambut ia dengan rindu syafaat Nabi, fitrah insan ingin mengasihi, hidupkan ia dgn kasih berukhuwwah kerana Illahi, jgn salahkan fitrah kerana hakikatnya suci, cuma nafsu yang menodai....moga kembali kepad afitrah hakiki'

Wednesday, November 25, 2009

DIKEMASKINI "KPT lulus kenaikan yuran kami: KUIS"

Malaysiakini-25hb november 2009
Kenaikan yuran pengajian di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dibuat selepas persetujuan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), kata seorang pegawainya.

"Isu kenaikan yuran, kita ikut KPT. Sebarang kenaikan setiap yuran akan dibentangkan dalam mesyuarat lembaga pengarah (KUIS) dan mendapat persetujuan mereka.

"Kadar yuran yang dikenakan, telah dipersetujui oleh kementerian. Sebarang kenaikan, kita kena mohon kepada KPT," kata eksekutif pemasaran kolej itu Raja Nor Ashikin Raja Ramli kepada Malaysiakini.

Beliau diminta mengulas tindakan sekumpulan kira-kira 40 pelajar KUIS yang menghantar memorandum kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kelmarin yang menggesanya campur tangan berhubung isu kenaikan yuran pengajian peringkat diploma dan ijazah.

Mulai 2007, pelajar diploma membayar RM2,500 seorang bagi setiap semester – kenaikan RM1,000. Manakala pelajar peringkat ijazah sarjana muda membayar RM5,000 seorang bagi setiap semester – kenaikan RM2,500.

Raja Nor Ashikin juga berkata, Timbalan Rektor Akademik dan Pembangunan Mahasiswa KUIS Mohd Khairi Hussin pernah mengadakan pertemuan dengan pelajar pada 10 November lalu bagi menjelaskan kedudukan sebenar isu kenaikan yuran pengajian.

Bagaimanapun pegawai pemasaran itu tidak pasti dengan hasil dialog tersebut – yang turut disertai oleh kumpulan Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) yang ke pejabat menteri besar itu.

Tambahnya, KUIS juga memberi diskaun yuran pengajian kepada pelajar cemerlang yang mendapat jumlah markah purata terkumpul CGPA sebanyak 2.8 ke atas.

"Kita juga mengenakan yuran diskaun, bagi pelajar yang cemerlang, iaitu mengurangkan yuran pengajian mereka.

"Sebagai contoh, pelajar yang mendapat jumlah mata 3.5 ke atas, mereka diberi yuran diskaun sebanyak 15 peratus.

"Pelajar yang mendapat mata 2.7 ke bawah, tidak ada potongan," katanya.

Pegawai KUIS itu juga berkata, insitutusi juga turut mencetak dalam borang permohonan mengenai struktur yuran bagi kedua-dua peringkat untuk diisi oleh pemohon.

"Kami tidak ada apa-apa yang hendak disorok," katanya.

Sementara itu, diminta mengulas memorandum tersebut petang ini, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan cuba menyelesaikan bebanan yuran pengajian setelah mendengar penerangan daripada kedua-dua pihak.

"Kita akan dengar bukan sahaja daripada mahasiswa KUIS, tetapi mahasiswa lain juga, kita akan dengar.

"Mereka mesti mempunyai alasan yang munasabah yang mereka akan utarakan," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat exco di Shah Alam petang ini.

"Kerajaan negeri prihatin dan cuba untuk menyelesaikan masalah (ini), di samping cuba memikirkan kerana pengajian tinggi ini memerlukan dana-dana yang banyak, antara dana yang diperlukan adalah kutipan yuran tersebut".

"KUIS: Pelajar mengadu kos pengajian mahal"

Sekumpulan mahasiwa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) menyerahkan memorandum mendesak Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim campur tangan bagi mengurangkan kadar yuran bagi pengajian diploma dan ijazah di kolej tersebut.

Kolej tersebut, yang terletak di Bandar Seri Putra, Bangi, milik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Memorandum itu diserahkan oleh Presiden Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) di kolej berkenaan Ahmad Syafiq Akmal Ahmad Kamil kepada ketua setiausaha sulit menteri besar, Norzatun Aini Mohd Kassim di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam jam 3.30 petang ini.

Ahmad bersama kira-kira 40 pelajar KUIS tiba di bangunan SUK setengah jam lebih awal untuk menyerahkan memorandum itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini selepas penyerahan itu, Ahmad berkata Norzatun Aini berjanji akan akan menyerahkan memorandum itu kepada menteri besar untuk perhatian lanjut.

Menurutnya, sejak 2007, yuran pengajian dinaikkan lebih 100 peratus bagi setiap jam kredit sesuatu mata pelajaran berbanding tahun sebelumnya.

"Sebagai contoh, pelajar diploma Syariah membayar RM45 untuk satu jam kredit pada 2006. Tetapi ia dinaikkan sebanyak RM95 pada 2007.

"Ini bermakna, pelajar diploma membayar kira-kira RM1,500 semester pada 2006. Selepas kenaikan itu, mereka kena bayar kira-kira RM2,500 pada 2007," katanya.

Menurut Ahmad, rata-rata pelajar pengajian diploma menerima pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak RM4,000 setiap semester.

Setelah ditolak beberapa pembayaran lagi seperti yuran kediaman, sukan, insurans takaful, seseorang pelajar menikmati baki antara RM400 hingga RM500 setiap semester.

Pelajar peringkat ijazah pula, katanya, terpaksa menanggung beban kenaikan RM105 bagi setiap jam kredit sesuatu mata pelajaran kepada RM255 pada 2007 berbanding tahun sebelumnya.

Akibat kenaikan itu, tambah Ahmad, ada antara mereka yang terpaksa membayar yuran pengajian kira-kira RM5,000 semester, sedangkan menerima pinjaman kira-kira RM8,000 daripada PTPTN.

"Baki pinjaman itu pula perlu digunakan untuk membiayai perbelanjaan seharian selama empat bulan berikutnya dan ini membebankan pelajar dari keluarga berpendapatan yang rendah," tambahnya.

Tuesday, November 17, 2009

"BULETIN TV3 GMS"

"Komen ttg GMS di tinta Pro Mahasiswa Universiti Putra Malaysia"

mas idayu // November 13, 2009 pada 10:52

mcm ni nk bg th kt awk….klu la awk ni x th psl urusn pntdbiran phk atasan janganlah awk ckp mcm 2. kau tau x pihak pngurusan byk wk penyelewengan psl duit student, klu kau yg sblm ni x th ape2 psl phk pngurusan jngan ckp kurang biadap mcm 2, sb semuanya tlah kami lalui n kami serve semua secara mendalam.kami bkn kt mcm yg kamu kt 2. sb sy sendiri ada org dlm dlm penurusn kuis sendiri yg mengesyorkan kami tgakkn psl yurn. kami buat ni semua ada bukti2 dan dalil yg kukuh ternyata dr pihk atasn sendiri. bknnya kami ikut main hentam je…… FAHAM…………….

anak jati kuis //
November 9, 2009 pada 14:45 Balas
Assalamualaikum dan selamat sejahtera dan salam turun yuran…apabila menyentuh mengenai yuran mahal,saya sendiri sebagai pelajar KUIS juga terkena tempias mengenai isu ini.Saya adalah pelajar semester 2 diploma komunikasi di KUIS.untuk fakta kepada semua,yuran semester 1 yang saya bayar hanyalah RM2776.50.tetapi yuran pada semester ini,yuran yang perlu saya jelaskan ialah RM 3800.maka jelaslah bahawa yuran telah meningkat jauh lebih tinggi dari semester lepas sedangkan saya tidak melakukan penambahan subjek dan perkara-perkara lain yang boleh manjadikan harga yuran naik.cuma yang saya dapati,perkara mengenai yuran naik ini belum sampai kepada Dato’ Adnan bin Isman,iaitu rektor KUIS pada sebelum ini.Cuma sampai kepada rektor apabila Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) membuat bantahan pada hari Jumaat yang lepas (6/11/2009).Jadi saya dapat memberi kesimpulan bahawa mungkin Dato’ rektor KUIS tidak berkaitan kerana beliau sendiri yang diamanahkan oleh kerajaan negeri Selangor untuk menjaga KUIS sebagai IPT di bawah tadbiran kerajaan Selangor.Cuma yang dapat saya kesan di sini bahawa mungkin sekumpulan “makhluk” dalam Jabatan Pembangunan Mahasiswa (JPM) yang menyelewengkan duit mahasiswa untuk kepentingan mereka.Kerana sebahagian “makhluk” itu merupakan kroni-kroni UMNO/BN yang masih bertugas di dalam KUIS walaupun KUIS telah diurus tadbir oleh kerajaan pakatan rakyat di Selangor.Alasan kenapa mereka dikekalkan di KUIS ialah untuk menjaga keadilan kepada semua pihak tanpa mengira fahaman politik.Namun apabila diberi ruang untuk mereka bekerja,mereka “membalas budi dengan begitu baik sekali”.Itulah sebabnya kenapa berkalu kebocoran.Apatah lagi didapati sebahagian staf dalam JPM kecuali Dekannya yang tidak melayan dengan baik persoalan-persoalan dari golongan mahasiswa walaupun mahasiswa yang mengadu kepada mahasiswa itu datang dengan cara yang baik dan beretika.Inilah ulasan dan pemerhatian yang dilakukan oleh saya,mahasiswa KUIS sendiri.Wallu A’lam

UIAS //
November 9, 2009 pada 19:45 Balas
Assalamualaikum Anak Jati KUIS,
JIWA kita ni jangan lah diPENUHI dengan sifat BURUKSANGKA, lama kelamaan HATI akan menjadi HITAM.
Berilah pandangan yang POSITIF yang BERSIFAT seperti orang yang BERPENDIDIKAN TINGGI seperti pelajar KUIS yang lain.
Wassalam

NUA //
November 9, 2009 pada 21:47 Balas
salam…kalian semua, penggerak utama gms bukannya sembarangan org..mereka pelajar akademi islam, kehebatan mereka dlm akademik turut diakui pensyarah..ada yg prnh jadi debator terbaik pun dan pernah harumkan nama kuis..yg tu korang tak tau lak kan?pada hemat sy pelajar yg berpendidikan agama dan berilmu tinggi tak akan buat perkara yg tak mendatangkan apa2 faedah melainkan mereka sendiri telah mengkaji dan menyelidik serta mencari bukti2 kukuh terlebih dulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan, mereka bukannya membuat tuduhan melulu..sepatutnya inilah semangat yg patut ada dlm diri setiap mahasiswa..berani dan lantang bersuara, bukannya hanya berdiam diri dan berpeluk tubuh melihat rakan2 lain mengikat perut dan terpaksa berhenti belajar kerana tak mampu bayar yuran yg sangat mahal tu..inilah perjuangan namanya..dulu sblum merdeka, inilah semangat yg kita ada utk menentang penjajah..cuba fikir, sampai bila lagi mahasiswa ni nak berani?kita perlu bangun untuk mempertahankan hak kita..itupun nasib baik la ada gms..kalau tak, tak ke mananya suara mahasiswa ni..smpai bila2 pun pentadbiran tak akan buka mata..sekurang2nya dgn adanya gms ni, mpm jadi rajin sikit kan sebab ada saingan(maafla ye)..nak sentuh pasal himsis itu hari, di mana suara mutlak mahasiswa?ada pulak nak sekat2 orang dari menyuarakan pendapat di depan khalayak mahasiswa lain..sebenarnya kes2 macam ni bukan berlaku kat kuis je, kt ipt lain pun banyak cuma diorg tak berani nak bersuara..yela mungkin takut biasiswa ditarik atau praktikal tak approve..so diam jela kan..pada mahasiswa yg tak sedar2 lagi tu cubala sedar ye..mereka buat semua ni setelah rundingan damai dibuat tapi tak mendatangkan apa2 kesan..yg marah sgt student prmpuan berdemo tu apa hal?berjuang untuk benda kebaikan apa salahnya..sedangkan saidatina aishah sendiri turun berperang..yg pakai ketat2 tu korg tak ckp ape pulak kan..korang pernah tau tak, mmu ada isu student saman pensyarah dan usim dgn isu markah kesian tapi tak de pulak dgr biasiswa or praktikal mereka ni direject.. lagi satu, di sebalik isu ni, jgn cepat terpedaya dengan macam2 fitnah or cerita mengarut lain,kadang2 ada provokasi dari pihak ketiga..kpd gms, teruskn perjuangan anda,kami menyokong dari belakang..ingatlh, tiada perjuangan tanpa rintangan..kebenaran memang sukar ditegakkan tapi BOLEH ditegakkan..sesungguhnya Allah bersama dgn org2 yg sabar..nabi tercinta pun jenuh diuji semata2 untuk mnegakkan kebenaran..inikan pula kita…

abujihad // November 14, 2009 pada 20:47 Balas
assalamu’alaikum wbt,
tiada gunanya kita duk bergaduh sesama Islam…orang yahudi dan kristian senyum lebar dan berbangga dengan acuan yang mereka buat…menghasilkan ummat Islam yang tidak lagi bercirikan akhlak Rasulullah…
kpd sahabat yang pertama komen tadi…bahasa anda agak kurang sopan dan tidak mencirikan kita sebagai orang Islam. pabila orang Islam seperti inilah yang akan merosakkan Islam itu sendiri.
nun dikejauhan sana ummat2 Islam dibantai, ramai orang2 asli dihutan sana yang belum merasai nikmat iman dan Islam dan tidak kurang yang murtad(kristian). untuk kita lihat jalan juang jihad fisabilillah…
bukannya dengan berselisih pendapat dan bergaduh semacam ini.“marilah kita mencari nilai titik-titik persamaan, bukannya perbezaan. agar nur Islam itu gah di persada dunia untuk kita menuju ke akhirat yang kekal abadi.syukran, jazakallahu khoiran kathira…
wallu’alam…muhammad fuad hilmi zakaria.pengerusi prihatin malaysia.
abujihad87@gmail.com0129520396.

Monday, November 16, 2009

"MAHASISWA KINI"




"Mahasiswa demo,desak KUIS turun yuran"














Bangi 07 nov 4 a.m Seramai 2500 mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor mengadakan demonstrasi aman semalam mendesak pihak pentadbiran menurunkan yuran pengajian kolej university tersebut.
Demonstrasi tersebut berarak bermula dari perkarangan First Kafe sambil mengibarkan sepanduk
dan poster antaranya tertera “sampai bila mahasiswa makan maggi”, “Yuran naik,mahasiswa kelaparan” dan “mahasiswa tuntut yuran turun” berakhir di Taman Ilmu bagi mengadakn perhimpunan di situ.
Kumpulan Mahasiswa berkenaan yang menubuhkan Gabungan Mahasiswa Sedar (GMS) mendakwa yuran di kolej tersebut terlalu mahal dan tidak setimpal dengan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan.
Presiden GMS, Ahmad Syafiq Akmal Bin Ahmad Kamil ketika diminta mengulas mengenai demonstrasi tersebut,mengatakan ianya sebagai hari kemuncak kepada usaha untuk mendesak pihak pentadbiran menurunkan yuran kolej university tersebut.
“sejak bulan lalu,kita telah mengadakan beberapa pertemuan dan perbincangan sama ada pihak petadbiran atau pun pelajar.saya rasa sudah empat atau lima kali kita buat (perbincangan ) bagi menyelesaikan masalah ini.”
Walaubagaimanapun katanya,pertemuan dengan pihak pentadbiran sebelum ini seolah-olah tidak didengar dan dipandang serius oleh pihak pentadbiran.Bahkan lebih mencurigakan lagi, Timbalan Rektor kolej tersebut menyatakan bahawa beliau tidak mengetahui langsung berkenaan maklumat kenaikan yuran.
“Selain itu,wakil GMS yang pergi berbincang juga turut dipertikaikan dan dinafikan atas alasan tidak mempercayai suara mahasiswa walaupun sebelum ini kita telah mengumpul responden dari mahasiswa sendiri.”
“jadi hari ini kita ingin buktikan bahawa ini (desakan) memang dari mahasiswa dan kita amat serius berkenaan hal ini.”ulasnya selepas selesai demonsterasi semalam.
Demonstrasi tersebut berakhir dengan penyerahan daripada Presiden GMS kepada setiausaha Rektor En.Azmi.

GMS yang terdiri daripada beberapa pimpinan pelajar mula bertindak serius pada 27 Oktober 2009 apabila melakukan pertemuan dan edaran secara langsung kepada mahasiswa khususnya yang tinggal di asrama. Hasil kutipan borang kaji selidik tersebut pihak GMS berjaya mengumpul sebanyak 1,882 respondan yang kebanyakannya tidak berpuas hati terhadap yuran yang dikenakan.-Mahasiswakini

"Isu Yuran KUIS : MPMUM desak KUIS bertindak, MB campur tangan"


Kuala Lumpur 15 Nov – Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) hari ini mendesak pihak pentadbiran dan pengurusan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) agar segera bertindak terhadap desakan mahasiswa yang menuntut pengurangan yuran pengajian mereka.
Perkara itu ditegaskan oleh Timbalan Yang Di Pertuanya, Mohammad Hafiz Bin Ilyas dalam kenyataannya.
Katanya, KUIS harus meneliti sejauh mana tuntutan Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) yang mendakwa yuran pengajian yang dikenakan kepada mahasiswa kolej itu terlalu tinggi.
“Sepatutnya KUIS mengkaji dengan terperinci tuntutan tersebut, dan bukannya melabelkan kelompok ini. Jika benar ia (yuran) terlalu tinggi, KUIS perlu segera bertindak dan menyelesaikannya” ujarnya.
Beliau yang juga Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) berkata, sikap (melabel) itu sebagai tidak profesional dan cuba membunuh hak mahasiswa bebas menyatakan pandangan, sedangkan hak tersebut termaktub jelas di dalam perlembagaan Malaysia. Beliau menambah lagi, tindakan bermusuhan dengan pelajar tidak akan menyelesaikan masalah dan akan menimbulkan kesan yang lebih besar.
Exco Kepimpinan MPMUM, Mohd Aizat Bin Mohd Saleh mendesak agar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Bin Ibrahim campur tangan dalam isu ini.
“Sekiranya Hal Ehwal Pelajar KUIS tidak mampu menyelesaikan isu ini, kita (MPMUM) minta Tan Sri Menteri Besar agar campur tangan selaku pengerusi Lembaga Pengarah KUIS” katanya.
“Saya yakin, beliau (Tan Sri Khalid) adalah seorang yang dekat dengan pelajar dan bersedia mendengar masalah kebajikan”tambahnya lagi.
Beliau juga kesal dengan sikap pemimpin pelajar MPP KUIS yang tidak cakna dan tidak cepat bertindak dalam isu harga yuran tersebut. Beliau menegaskan, sikap tersebut tidak wajar ada pada pemimpin pelajar yang dipilih oleh mahasiswa untuk berkhidmat kepada mereka.
“Saya pasti mahasiswa yang turun berdemonstrasi tempohari adalah kerana isu ini terlalu lama dan lambat diselesaikan, dan (juga) kerana usaha untuk berunding menemui jalan buntu” ujarnya.
Isu harga yuran yang tinggi mula tercetus di KUIS apabila sekumpulan mahasiswa yang digelar Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) mengadakan demonstrasi mendesak diturunkan harga yuran pengajian.
GMS mendakwa, harga yuran tersebut sangat membebankan pelajar yang datang dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sehubungan itu, pihak KUIS menyatakan kesediaan untuk menyelesaikan isu tersebut, namun sehingga hari ini tiada tindakan diambil.-mahasiswakini

Tuesday, November 10, 2009

"SENTUHAN YANG MINIMA, IMPAK YANG MAKSIMA"


Assalamualaikum shbt2...khususnya..buat mahasiswa KUIS yang disayangi...

salam 1 suara, salam 1 nada dan dan salam semua mahasiswa..dari sy..pnyokong GMS...
spt yang kita ketahui...kini..KUIS yg kita sayangi magalami 1 perubahan momentum gergasi dari mahasiswa kuis sendiri... sehingga impaknya masih terasa hingga kini...masih hangat setiap hari!!
inilah yang dikatakn kuasa yang dibawa oleh mahasisiwa !
betapa hebatnya kuasa dan suara mahasiswa...ini sebenarnya...
ramai yang masih tidak mengetahui apa yang sebenrnya dibawa oleh GMS...btul tak? Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) merupakan organisasi mahasiswa yang akan bertindak secara vokal dalam menyuarakan tuntutan hak asasi dan keadilan untuk mahasiswa sejagat..
namun begitu suka untuk diperjelaskan bahawa eksistensi GMS adalah bermatlamatkan perjuangaan untuk meneurunkan harga yuran KUIS yng membebankan. oleh itu, perkara ini menjawab persoalan ramai pihak yang mempertikai kehadiran GMS sebagai organisasi yang tidak bermatlamat dan berperancangan.
susun atur gerak kerja GMS telah menelan beberapa 'purnama' sehinggalah mengahmpiri kemuncak pada jumaat yang lalu. walaupun begitu himpunan aman tersebut bukanlah titik penyudah bagi prjuangan GMS ynag akan terus berpencak sehinggalah matlamat harga yuran diturunkan tercapai. kewujudan GMS adalah berdasarkan kesedaran yang memuncak untuk membela sahabat kita yang dihimpit tekanan akibat kekangan harga yuran yang tinggi adalh di luar kemampuan GMS yg juga manusia biasa untuk hanya berpeluk tubuh melihat penderitaan saudara se kampus menahan lapar sehingga memudaratkan diri dan pengajian.
GMS bangkit dgn minda optimistik untuk merubah penderitaan kepada pembelaan. walaupun banyak pandanagn yang bersifat kontra dgn cara perjuanagn GMS namun kehadiran ribuan mahasiswa dalam himpunan memorandum yang lalu amat bermakna dalam memberi suntikan semanagt kepada GMS untuk meneruskan momentum perubahan . selaras dengan slogan "Dari Mahasiswa untuk Mahasiswa", GMS akan terus menggerakkan kuasa mahasiswa dalam menuntut pembelaan sehinggalah harga yuran diturunkan....

Friday, October 9, 2009

"teknik pengucapan awam"

salam sahabat2...disini ana nak berkongsi teknik2 berucap apabila antunna berada di depan audien..ana edit dr internet...mga ia dapat membantu kalian semua...syukran:)

1)Ada niat dan azam untuk berucap di hadapan orang ramai.Niat dan azam akan mencetuskan semangat yang akan memberikan satu getaran tenaga bagi menghadapi apa jua halangan semasa kita berucap dan melalui proses kematangan. Jika kita sentiasa mengelakkan diri maka sampai bilapun kita akan berasa takut .

2)Mula membuat pemerhatian pada perucap-perucap untuk kita jadikan sebagai penduan. Dengar nada pertuturan dan ucapan dari aspek nada tinggi rendah. Lihat pergerakan tubuh badan dan mimik muka mereka.

3)Perlu buat persediaan sebelum berucap. Sediakan rangka dan isi yang ingin kita sampaikan. Kenal pasti sasaran khalayak kita dan apa keperluaan mereka mendengar isi ucapan kita.Buat rujukan yang perlu.
4) Buat latihan denga menggunakan rangka isi dan cuba praktikkan di depan cermin. Perucap yang baik tidak akan melihat dan membaca petikan teks.

5) Jika anda masih baru, pastikan anda ada kad kecil sebagai catatan rangka isi untuk berucap.

6) Persediaan mental pula ialah sebelum anda berucap buat raptai mental. Berucap dahulu dalam pentas minda anda.'Lihat, dengar dan rasa kehebatan anda berucap dan penonton khalayak anda begitu mengkagumi anda dengan sambutan yang begitu hangat. Ulang tayang apa yang anda lhat,dengar dan rasaan emosi anda walaupun dari aspek realiti anda belum berucap. Teknik ini hanya untuk menanamkan dalam minda bawah sedar anda dan ianya akan terkeluar secara automatis semasa anda benar-benar berucap di khalayak ramai

7) Penerimaan diri. katakan : khalayak hanya ingin mendengar,melihat dan merasakan yang terbaik dari ku maka akan akan berikan yang terbaik. Fokus pada ucapan anda bukan pada kelemahan anda.Katakan : Apa sahaja yang berlaku aku terima dengan hati yang terbuka dan aku akan baiki dari masa ke semasa. Aku seronok dengan pengalaman baru yang aku lalui.Aku suka dengan diriku dan aku suka dengan khalayak yang mendengar ucapan ku. Aku hargai mereka.Aku sayangi mereka.

8)Berucaplah dengan fikiran dan emosi yang positif. Pastikan sebelum anda berucap mood emosi anda berada dalam mood positif. jika anda berasa dukacita, stress,kecewa, kurang bersemangat,bimbang tukarkan pada keriangan ,bersemangat, sayang, gembira, unggul dan sebagainya kerana sebarang mood anda sama ada positif dan negatif akan juga turut dirasai oleh khalayak anda.

9) Pandangan pertama (first impression)- Ianya penting dari aspek cara berpakaian yang sesuai dan pastikan anda mulakan dengan senyuman. Anda perlu menyukai semua khalayak anda. Kata-kata yang menunjukkan atau memberi tanda yang anda amat menyenangi khalayak anda perlu diutamakan.Mulakan dengan ice breaking dan bina hubungan dengan khalayak anda supaya dapt diwujudkan keserasian

10) Nyatakan objektif yang jelas apa isi ucapan anda kemudian barulah dikembangkan dengan isi serta bahagian penutup. Mukadimah 15% isi 70% dan penutup 15%

11) Apabila ada rasa debaran maka jangan berlawan dengan perasaan anda. Terima ia seadanya dan beritahu pada diri : khalayak ku ingin mendengar ucapanku yang terbaik maka aku akan berikan yang terbaik setakat yang aku mampu pada masa ini. Tarik nafas dalam-dalam, tahan dan lepaskan dengan perasaan debarku hilang bersama hembusan nafasku.Katakan ;Aku sedah benar-benar bersedia dengan ucapan ini.

12)Jika ada sebarang kesilapan misalnya tidak ingat maka teruskan sahaja ucapan anda dan jangan sesekali memohon maaf menampakkan kesalahan anda pada masa berucap.

13) Sulamkan ucapan anda dengan jenaka .

14) Pastikan anda tidak berucap seperti menaburkan peluru. Bercakap dengan jelas dan lantang ,jangan terlalu cepat dan pastikan setiap kata-kata anda berserta dengan ruh, jiwa,emosi dan fikiran anda. Ini akan memastikan ucapan anda penuh dramatik dengan nada-nada yang pelbagai yang menjadikan ucapan anda 'HIDUP'.Gunakan pergerakan tangan ,kaki dan mimik muka yang sesuai untuk mengambarkan emosi dan menjelaskan maksud ucapan anda.

15) Hubungan mata(eye contact)- Dalam perhimpunan khalayak yang ramai hubungan mata anda fokuskan titik penglihatan bermula pada mata khalayak di hadapan pada bahagian tengah kemudian khalayak yang berada di penjuru sebelah kanan diikuti khalayak penjuru kanan di belakang, khalayak penjuru kiri belakang, khalayak penjuru kiri depan dan khalayak di bahagiang tengah. Cara ini membolehkan 'kuasa pandangan mata anda akan 'mengikat' khalayak anda untuk mendengar dan melihat anda dengan penuh minat
16) Pengalaman sebenar dan pemgalaman orang lain perlu dimasukkan dalam ucapan anda kerana kisah masyarakat menjadi daya penarik mengungkapkan maksud ucapan anda.

17) Datang 15 minit lebih awal untuk persiapan yang rapi supaya anda tidak kelihatan kelam kabut.

18)Alat bantuan juga boleh digunakan sebagai daya penarik dan menjelaskan maksud ucapan supaya tercapai objektifnya . Alat tersebut adalah seperti papan dan kertas mahjung,pen marker, sistem audio, laptop dan lcd dengan menggunakan power point atau sebagainya.

19 ) Perkara yang paling penting doa seperti doa rabbi srahli sadri wayassirli amri....hingga akhir

Tuesday, September 1, 2009

" Istimewa...untuk Ayah ! "

TINTA 1


AISYAH menutup pintu biliknya perlahan-lahan. Dijengket-jengketkan kakinya supaya lantai tidak berbunyi, kemudian menuruni anak tangga ketingkat bawah dengan berhati-hati. Di hujung tangga dia menoleh ke atas, lega ibu dan ayah tidak sedar apa yang sedang dilakukannya.
PAP! Cahaya lampu kalimantang menerangi ruang dapur rumah teres dua tingkat itu. Aisyah tersenyum lebar. Ya, ini-lah masanya... inilah masanya. Sudah lama dia menantikan saat itu, sekarang sampailah saat yang dinanti-nantikannya.
Hari Sabtu, September 2003, Aisyah ingin memulakan hari itu dengan sesuatu yang istimewa.
Dia mencuci cili merah yang diambil dari dalam peri sejuk dan kemudian mengupas bawang besar. Sebilah pisau tajam dicapai, diikuti papan landas, piring dan mangkuk. Kabinet dibuka, sekali lagi dia tersenyum melihat bekas putih yang penuh berisi tepung gandum. Minyak masak lebih daripada mencukupi.
Senyuman lebar terukir di wajah kanak-kanak comel berusia 11 tahun itu. Dia ingin memulakannya sekarang. Ya sekarang, sebelum ibu dan ayahnya terjaga.
Dengan pantas Aisyah mencedok sesudu tepung tapi ketika hendak menuangnya ke dalam mangkuk...
PRRANGG! sudu itu terlepas daripada genggamannya. Lalu bertaburanlah tepung di atas lantaidan meja.
Aisyah cemas. Habis, habis kotor meja yang baru dibeli ayahnya. Dengan tergesa-gesa dia mengaut tepung itu, namun sisa-sisanya tetap mengotori meja tersebut. Tak apalah, kotor sikit saja, Aisyah menenangkan perasaannya. Sudu tadi dicuci dan Aisyah bersiap untuk memulakan impiannya.
Namun bila melihat meja yang kotor dan aneka bahan di depan matanya, Aisyah tiba-tiba jadi celaru. Mana satu yang patut dimulakan dahulu. Adun tepung? Potong cili? Hiris bawang? Minyak masak? Kuali? Garam?
"Macam mana ni?" Aisyah menggaru kepala.
Dia pandang ke luar. Alamak! Matahari pagi sudah menjengah, mungkin pukul 7.00 pagi. Badannya menggeletar, pasti sekejap lagi ibunya turun ke dapur. Selepas itu ayahnya pula muncul. Habis, habiiiiis! Aisyah perlu siapkan cepat! Dia perlu bersihkan segala kotoran itu sekarang!
"Macam mana ni? Macam mana ni?" Aisyah kian kalut.
Sudah banyak kali Aisyah lihat ibunya memasak makanan istimewa ini, nampak mudah saja tapi... Aaaahhhh!
Tangan Aisyah menggigil semasa menuangkan air ke dalam mangkuk yang berisi tepung. Dikacaunya tepung itu hingga likat. Malangnya dalam sibuk menggaul, tangannya tersinggul cawan yang diletak di tepi meja!
PPRRAANGG"
Lalu berhamburanlah air membasahi lantai dan kain pelapik di bawah sinki. Lekas-lekas kain tersebut dibaling ke dalam bakul atas mesin basuh.
Sambil menggaul tepung bercampur cili dan bawang yang telah dihiris-hiris, berkali-kali Aisyah memandang ke luar jendela. Alamaaaak... dah siang!
"Aku kena siapkan cepat, kalau tidak..." Aisyah tambah kalut.
Malangnya baru menuang sedikit minyak ke dalam kuali yang telah diletakkan di atas dapur, Aisyah teringat sesuatu. Ah, dia sepatutnya mencampurkan adunan tadi dengan ikan bills. Tapi mana ikan bilisnya? Mana? Mana? Hari sudah cerah! Ikan bills perlu disiang, dibasuh.
Aisyah mengesat air matanya yang mula menitis. Dia takut dimarahi ibu kerana mengotori dapur, bimbang dipukul ayah kerana membuat sesuatu yang tidak disuruh. Mereka pasti berang melihat dia memasak seorang diri. Ibu dan ayahnya sudah banyak kali berpesan, 'jangan main pisau, jangan main api'!
Dalam pada Aisyah kalut mengambil minyak masak, menyiang ikan bilis, membubuh garam ke dalam tepung likatnya, tiba-tiba hujung matanya melihat kelibat seseorang di belakangnya. Aisyah menoleh...
"Mama! Ayah!"
Aisyah gamam melihat ibu dan ayah berdiri memandangnya. Tubuh kanak-kanak comel itu menggigil, mukanya pucat lesi. Dia tunduk memandang meja yang kotor dengan ikan bilis, biji cili, kulit bawang...
Lantai pula comot dengan tepung dan minyak masak yang ditumpahkannya. Pinggan, cawan, pisau, piring dan papan landas berterabur di atas meja serta dalam sinki. Air mata Aisyah tak dapat disekat-sekat lagi. Digenggamnya jari-jemari yang penuh bersempudal tepung.
"Mmm... mmama... aa... ayah..." katanya tersekat-sekat, "maafkan Aisyah. Aisyah nak buatkan cekodok untuk ayah, tapiiii..."
Belum sempat dia menghabiskan kata-kata, si ayah duduk di depannya. Aisyah tunduk, tidak berani melihat wajah ayahnya.
"Aa... Aisyah nak... nak buat cekodok. Ayah kan suka cekodok," ulang Aisyah sambil menahan tangisannya. Habis, pasti aku kena marah, pasti aku kena pukul, kata Aisyah di dalam hati.
Tapi tiba-tiba Aisyah merasa tubuh-nya dirangkul penuh erat, kemudian pipi dan dahinya dicium berkali-kali. Pelukan itu hanya dirungkai hampir seminit kemudian dan si ayah merenung wajah cornel anaknya itu. Pandangan dua beranak itu bertembung.
"Ma... maa... maafkan Aisyah ya, ayah..." rayu Aisyah tersedu-sedu.
"Ayah tak marah. Ayah tau Aisyah sayang ayah..." kata si ayah dengan suara sebak. Air matanya juga bergenang. Dipeluknya Aisyah sekali lagi.
Si ibu datang menghampiri. "Bila bunyi bising-bising kat bawah ni, mak dan ayah turun. Kami sejak tadi perhatikan Aisyah. Aisyah nak buat cekodok ni sebab hari ni hari jadi ayah, kan?" tanya pula si ibu sambil membelai rambut anaknya itu.
Aisyah mengangguk. Ya, sejak dua hari lepas sudah diberitahu hajat itu kepada ibunya. Itulah sarapan kegemaran ayahnya, orang yang amat Aisyah sayangi. Dia ingin meraikan hari lahir bapanya itu dengan suatu yang istimewa juga.
"Jom, mari kita buat sama-sama," sambung si ibu lalu menarik tangan Aisyah.
"Okey... ayah kupas ikan bilisnya," sambung si ayah sambil menyeka air mata anaknya itu. Senyuman manis terukir di wajah mereka.
Pembaca budiman, dalam menjalani hidup ini, kita cuba untuk melakukan yang terbaik tapi ia tidak semudah yang direncanakan. Kita berusaha menyediakan sesuatu yang paling istimewa untuk orang tersayang, tapi sering kali kita gagal melaksanakannya.
Kita berusaha memberikan yang terbaik untuk anak-anak, namun bukan mudah melakukannya. Anak-anak pula cuba untuk meraih perhatian serta menunjukkan betapa mereka juga sayangkan ibu dan bapa, tapi bukan semua ibu bapa memahaminya...

"Papa…, Bacakan cerita ini! "

TINTA 2

MALAM itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak dan menikmati hidangan, saya terus ke meja tulis - mahu menyiapkan kertas kerja yang akan saya bentangkan pada
mesyuarat tiga hari akan datang.
Baru nak mula, anak tunggal saya, Sarena, 6, tiba-tiba datang menghampiri. Dia membawa sebuah buku. Saya kerling, nampak dia tersengih-sengih manja. Begitulah dia, kalau ada sesuatu yang dimahukannya, dia akan bersikap terlalu manja.
"Papa... bacakan cerita ni. Bagus tau! Cerita pari-pari, Ina nak dengar," kata Sarena menghulurkan buku bergambar itu pada saya.
"Buku baru ya?" saya bertanya basa-basi tanpa menoleh, sekadar melayan. Sarena mengangguk lantas memberitahu buku itu dibeli ibunya pagi tadi.
"Papa sibuk... lain kali boleh tak?" saya memujuk. Sarena memuncung, memperjelaskan rasa kecewanya. Tapi saya benar-benar sibuk.
"Bolehlah papa... sekejap aja. Ceritanya sedap..." rengek Sarena enggan mengalah.
"Kan papa kata sibuk! Suruh mama baca..."
"Mama basuh pinggan. Aiaaaa... bacalah, papa!" Sarena merengek sambil menghentak-hentak kaki ke lantai. Nyata dia tak mudah mengalah.
"BUDAK INIIII...!!! Tak reti bahasa ke. Pergi sana!!!" saya jerkah permata hati saya itu. Sarena panik. Dia terperanjat sungguh kerana tak menyangka saya bertindak sejauh itu. Nampak jelas matanya sedikit berkaca, lalu dia beredar sayu.
Dalam nada sebak, dengan muka yang sebek, Sarena beredar sambil menoleh ke arah saya. Dalam suara tersekat-sekat dia bersuara: "Nanti papa bacakan kuat-kuat cerita ini kat Ina, ya papa!"
Saya hanya memandang tajam ke arahnya. Sebaik tiba di pintu bilik dia menjeling saya, kali ini saya mengangguk.
Masa terus berlalu... seminggu, dua minggu namun kesibukan saya bertambah. Setiap kali pulang, Sarena tidak merengek minta dibacakan cerita pari-pari itu, namun tangannya tak lepas memegang buku itu. Mungkin juga dia faham saya terlalu sibuk.
Pagi minggu berikutnya sedang saya, isteri dan Sarena menik-mati sarapan bersama,. saya perhatikan buku itu masih dipegang-nya.
"Mama dah baca, seronok papa," kata Sarena. Saya mengangguk sambil tersenyum. "Bila papa nak bacakan?" riba-tiba Sarena bertanya.
"Mama dah baca, okeylah tu!" balas saya. Nampak wajahnya terkuncam. Saya terus menyuap makanan.
"Mama baca perlahan. Nanti papa bacakan kuat-kuat ya!" katanya. Saya mengangguk.
Selesai makan, saya capai akhbar. Lembar demi lembar saya tatapi. Tidak terfikir untuk menunaikan impian Sarena. Tiba-tiba terdengar bunyi suatu dentuman yang cukup kuat di luar.
Konsentrasi saya cuma terganggu sekctika, sebelum kembali memusatkan perhatian ke dada akhbar. Tiba-tiba pintu pagar rumah digegar. Saya segera menjenguk. Jiran-jiran menjerit-jerit mengatakan Sarena dilanggar kereta. Saya panik. Sempat berfikir, bila masa pula dia keluar, tadi ada kat dapur!
Saya memekik memanggil isteri sebelum meluru ke lokasi kemalangan. Sesungguhnya khabar itu benar, Sarena terkulai diribaan seorang jiran yang sedang memberi bantuan. Saya terus pangku anak saya, masuk ke kereta jiran yang sedia memccut ke hospital.
Darah membasahi pakaian Sarena. Nafasnya sesak. Isteri meraung sekuat hatinya.
"Ina...! Inaaaa...!! Inaaaaaa!!!" saya memanggil-manggil perlahan namanya di pangkal telinga Sarena yang berada dalam pangkuan. Tatkala itu nafasnya tersekat-sekat.
"Papa... mama... Ina takut. Ina sayang papa... Ina sayang mama, Ina tak nak mati!" bersuara Sarena antara dengar dan tidak sambil cuba membuka matanya yang dipenuhi darah. Saya kesat darah itu dengan tisu, namun sekadar cuma.. Darah kembali memenuhi wajahnya.
Tangisan kuat isteri saya membuatkan jiran yang memandu terus memecut. Di hospital, Sarena ditempatkan di bilik ICU ekoran keparahan cederanya.
Masuk hari kedua, keadaan Sarena tak berubah. Dia masih tak sedarkan diri dan terpaksa bernafas menggunakan respirator.
Itulah saatnya saya merasa cukup bersalah, lalu petang itu, saya bacakan cerita pari-pari dalam suara yang kuat tetapi tersekat-sekat di sisi katil Sarena. Semakin kuat saya membaca, semakin merumbai air mata. Kekesalan berlabuh, tapi segalanya telah musnah.
Mungkin Sarena tak dapat mendengar jalan cerita yang sangat diminatinya itu.
Keesokan harinya, saya bacakan sekali lagi, masih dalam nada suara yang kuat. Kemudian setiap hari saya bacakan cerita itu di telinga Sarena, sementara isteri saya tak henti-henti menangis. Dia mungkin terlalu marah dan kesal dengan tindakan saya ter-hadap Sarena sejak seminggu lalu.
Masuk hari ketujuh, sebaik saya mula membaca, Sarena tiba-tiba membuka matanya perlahan-lahan. Saya nampak terlalu sukar untuk dia melakukannya.
Bacaan saya terhenti. Air mata merembes dan saya usap-usap kepalanya. Beberapa ketika kemudian, Sarena memejamkan semula matanya - pejam buat selama-lamanya. Saya seperti terdengar suara Sarena mengucapkan terima kasih kerana membacakan cerita itu padanya.
"Papaaaa... nanti papa bacakan cerita ini kuat-kuat pada Ina ya..." kata-kata Sarena terngiang-ngiang di telinga saya hingga ke hari ini, walaupun setahun telah berlalu
Hingga kini saya masih tertanya-tanya, apakah sedikit perhatian yang diperlukan oleh seorang anak terlalu mahal untuk diberikan oleh seorang lelaki yang bergelar ayah?
Saya tidak dapat menjawab, selain air mata yang tumpah.

"salam ramadahan & salam imtihan "




assalamualaikum shbt2 yang disayangi... semoga sihat walafiat... dan berada dalam lindunganNya...insyaAllah...:) Hari ini pada 1 september 2009..bermulalah tarikh keramat bagi student2 KUIS...dimana kami menduduki final exam...bagi sesi 08/09... ada yang dah mula paper hari nie...dan ada yang mula pada 4/5 hb 9...ape2 pun..shbt2 gunakan masa yang terluang dgn sebaiknya...tambahan pula..kini kita berada dalam bulan ramadahan yang mulia...mudah2an amalan2 kita diterima Allah..amiin... bagi ana pulak...exam bagi fakulti pengurusan dan muamalah...kos perbankan islam..bermula exam pd hr ini 1 sept 09...dan berakhir pa 8hb 9...alhamdulillah...kiara paling awal jugala...alhamdulillah....bleh balik kg awal...:) masuk pada hari ini, 2hb...ana xda exam...tgu 4hb pulak.paper Business Statistics dan malamnya ada Paper AQT ...al-quran dan tajwid... doakan ya...:) di kesempatan ini..ana nak ucapkan selamat mnyambut ramadahan al-mubarak...mdah2an amalan2 kita diperbaiki dan ditambah...dan mdah2an diterima Allah..amiin... salam imtihan shbt2...buat yang terbaik...selawat dan berdoa...Allah sentiasa bersama kita...:)

Friday, August 14, 2009

AL FATIHAH BUAT USTAZ ASRI


13 OGOS 2009:

Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...

Itulah pembuka bicara blog Allahyarham Ustaz Mohd Asri Ibrahim yang beralamat di http://www.asrirabbani.blogspot.com

Jenazah Ustaz Asri dimaklumkan akan dikebumikan selepas Maghrib bagi memberi peluang kepada keluarga mertuanya yang datang dari Johor memberikan penghormatan terakhir buat arwah.

Jenazah telah dibawa ke rumahnya di Jalan Ikan Keli, Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam.

Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi tadi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau. Kepada balu Allahyarham, Halizah Shahzan serta anak-anaknya, Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4 serta anggota Rabbani yang lain, takziah saya ucapkan.

Allahyarham Asri sudah Pergi Tak Kembali, tetapi saya harap Kumpulan Rabbani akan meneruskan usaha untuk memperjuangkan irama nasyid kontemporari.

SAMA SAMA LAH KITA SEDEKAHKAN ALFATEHAH PADA ALLAHYARHAM.SEMOGA ROH ALLAHYARHAM AKAN DITEMPATKAN DENGAN PARA SOLIHIN....AMIN....