SELAMAT DATANG

Friday, August 14, 2009

AL FATIHAH BUAT USTAZ ASRI


13 OGOS 2009:

Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...

Itulah pembuka bicara blog Allahyarham Ustaz Mohd Asri Ibrahim yang beralamat di http://www.asrirabbani.blogspot.com

Jenazah Ustaz Asri dimaklumkan akan dikebumikan selepas Maghrib bagi memberi peluang kepada keluarga mertuanya yang datang dari Johor memberikan penghormatan terakhir buat arwah.

Jenazah telah dibawa ke rumahnya di Jalan Ikan Keli, Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam.

Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi tadi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau. Kepada balu Allahyarham, Halizah Shahzan serta anak-anaknya, Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4 serta anggota Rabbani yang lain, takziah saya ucapkan.

Allahyarham Asri sudah Pergi Tak Kembali, tetapi saya harap Kumpulan Rabbani akan meneruskan usaha untuk memperjuangkan irama nasyid kontemporari.

SAMA SAMA LAH KITA SEDEKAHKAN ALFATEHAH PADA ALLAHYARHAM.SEMOGA ROH ALLAHYARHAM AKAN DITEMPATKAN DENGAN PARA SOLIHIN....AMIN....

PERKARA HARAM YANG DIANGGAP BIASA... (1)

Banyak melakukan gerakan sia-sia dalam solat

sebahagian umat Islam hampir tidak dapat mengelak dari bencana ini.. yakni melakukan gerakan yang tidak ada gunanya dalm solat..mereka tidak mematuhi perintah Allah seperti dalam FirmanNya :

"Berdirilah kerana Allah (dalam solatmu) dengan khusyuk " (Al-Baqarah:238)

ramai juga yang tidak memahami firman Allah:

" sesunggunya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya " (Al-Mukminun: 1-2)

suatu masa, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ditanya tentang hukum meratakan tanah ketika sujud. beliau menjawab :

"jangan engkau mengusap sedang engkau dalam keadaan solat. jika terpaksa harus melakukannya, maka cukup sekali meratakn kerikil" (Hadis riwayat Abu Daud)

para ulama menyebutkan, banyak gerakan secara berturut-turut tanpa keperluan dapat membatalkan solat. apalagi orang yang melakukan pekerjaan yang tidak ada gunanya dalam solat..seperti..
- berdisri di hadapan Allah dengan melihat jam tangan
- membetulkan pakaian
-memasukkan jari ke dalam hidung
-melempar pandangan ke kiri,kanan atau atas langit
ia tidak takut waktu ketika itu kalau-kalau Allah mencabut penglihatannya, atau syaitan melalaikannya dari ibadat solat...

sahabat2...mari kita sama2 renungkan...