SELAMAT DATANG

Tuesday, February 2, 2010

“ DAKWAH VS AKADEMIK “

“ InsyaAllah kalau kita bersusah-payah dengan dakwah dan tolong agama Allah, nescaya Allah akan tolong kita,” kata seorang Exco dakwah di sebuah kampus.

DULU-DULU

Pada ketika dahulu ada artikel menceritakan bagaimana seorang siswi yang aktif berdakwah sehingga tidak sempat membuat persiapan untuk peperiksaannya, telah bertawassul dengan nama mursyid jemaah beliau, lalu tertidur di dewan peperiksaan. Sebaik sahaja dia terjaga dari tidur, kertas peperiksaannya sudah penuh dengan jawapan dan beliau mendapat kepuusan yang cemerlang!!!!

Itu kalau versi “hikayat menjadi”.

Bagi yang tidak menjadi, pernah pada suatu era, ada aktivis dakwah yang menganggap kesanggupan menggagalkan diri daripada pengajian atas nama dakwah adalah satu pengorbanan yang ditabik rakan sepasukan. Kita tolong Allah, Allah akan tolong kita…mudah saja sifirnya.

Contoh-contoh eksterm begitu adalah fenomena yang biasa pada era70’an dan 80’an.

HARI INI

Namun hari ini, contoh begitu mungkin sudah tidak sebegitu biasa kita dengar. Perbuatan membuang atau pekerjaan kerana mahu berdakwah sudah jarang-jarang sekali sampai ke telinga kita. Akan tetapi, sikap yang berlegar dalam mindset yang masih sering dilihat dalam catatn aktivis dakwah di kampus hingga ke hari ini.

Persoalannya kini…

Bahawa ramai pelajar yang bersemangat dan aktif dengan dakwah, kecundang di bilik darjah. Tumpas di dewan kuliah.

Apakah golongan yang kecundang akademik hanya dari kelompok dakwah??

Tentu sahaja tidak…

Mereka yang lemah dalam bidang pengajian atau mungkin terus gagal, terdiri daripada mereka yang pelbagai identitinya. Mungkin yang mabuk bercinta,mungkin yang kaki gig, hantu facebook, mungkin yang tiada sebab apa-apa pun. Punca kemunduran akademik memang pelbagai. Tetapi apa yang ingin diperbahaskan kali ini adalah soal hubung kait aktiviti dakwah dengan aktiviti kuliah. Kegagalan peribadi yang sepatutnya kekal di peringkat peribadi, tetap berisiko menjadi fitnah ke atas agama!!

Kenapa suka berdakwah tetapi lesu di bilik kuliah??

Carilah keseronokan di dalm mengerjakan amal Islami. Berdakwah jangan hanya kerana soal kewajipan atau mengikut trend semata. Dakwah harus datang daripada kepercayaan diri bahawa setiap satu tugasan dakwah, menambah makna dan nilai dalam hidup.

Tetapi pada masa yang sama, keseronokan dakwah itu jugalah yang kemudian menjadi salah satu sebab mengapa aktivis dakwah di kampus hilang minat dan tumpuan pada pelajaran. Mereka bertemu dengan kepuasan dan keinginan dalam berdakwah, tetapi tidak di dalam bilik kuilah.

Tidak dinafikan, sama sahaja pelajar di bidang sains,undang2 atau apa jua boleh saja terjadi. Penyakit hilang minat dan keghairahan terhadap mata pelajaran di bilik kuliah sering berlaku.

Dakwah menjadi tempat mahasiswa dan mahasiswi ini melarikan diri daripada tekanan dan kebosanan dan segala perasaan negative yang dialami semasa menghadiri kuliah, tutorial dan menyiapkan assignment. Segala perasaan yang tidak seronok lagi merimaskan itu, dapat dilupakan seketika semasa hadir ke dalam usrah,tamrin,ceramah, dan majlis ilmu lain.

Berikut di atas adalah sebahagian daripada petikan di dalam buku SOLUSI isu no16.. artikel ini diselitkan dalam bahagian HIKMAH dalm muka surat 26. Penulis adalah Hasrizal Abdul Jamil.

Salam indah menyulam madah..salam kerinduan buat sahabat2 pembaca blog ini…terima kasih kerana terus setia menatap dan membaca isi2 yang tersurat di blog TINTA SRIKANDI STYLO ini..:) syukran jazilan…

Jika kita lihat pada tajuk atau isi artikel di atas yang dimuatkan di dalam buku solusi keluaran terbaru ini…isu atau perkara ini dilihat serius dan dipandang penting oleh dari banyak pihak…yer la…kalau tidak manakan ia menjadi tajuk artikel dalam buku solusi pada kali ini…

Nfn: saya berpendapat bahawa tidak semestinya apabila kita terlalu focus atau tumpu kepada kerja dakwah..kita mengabaikan akademik.. ia seharusnya berjalan seiringan dan seimbang..mungkin ianya merupakan kisah dahulu yang banyak terjadi dan dibawa dan disamakan pada waqi’ kita pada hari ini..

Ini dapat dibuktikan apabila ada kisah di mana beberapa aktivis dakwah yang aktif di dalam kampus mendapat keputusan yang cemerlang dan merupakan pelajar terbaik di dalam fakultinya..bukan seorang dua..tetapi ramai..jadi ia bukanlah hanya teori semata2..ianya terbukti benar..dan berkesan..dengan cemerlangnya kita dalam akademik lah yang akan membawa kita mudah dalam menyampaikan dakwah..dan senangnya mad’u menerima dakwah kita…

Seperti yang dikatakan oleh guru saya…dalam berdakwah, kita perlulah menitikberatkan akademik… syukran guruku…

Sahabat2 yang dikasihi…sepeti yang kita maklum…tidak lama lagi kita akan menghadapi pepriksaan akhir untuk sesi ini…pelbagai usaha yang dilakukan untuk mencapai kecemerlangan pada peperiksaan ini…begitu juga saya…sejak beberapa hari yang lepas..setelah mendapat semanagt baru..untuk belajar…saya semakin berkobar2 dalam mencapai matlamat yang saya gariskan untuk semester ini…mudah2an…dengan usaha,doa berkat dan kebergantungan yang kuat dengan Allah…kita dapatmencapai apa yang kita impikan…

Syukran guruku….:)

DAKWAH yang UTAMA dan AKADEMIK yang PERTAMA

Matlamat yang hendak dicapai perlulah jelas dan spesifik…lakukan perubahan dan transformasi dari sekarang…

2 minggu masih belum terlambat sahabat2…!!!! Mula sekarang!!!! Jika ingin mencapai……………matlamat yang besar…

MATLAMAT BESAR + USAHA BESAR…

Akhir kalam…salam imtihan buat sahabat2ku tersayang dan tidak lupa buat adikku MOHAMMAD AMIN..buat yang terbaik..berikan kejayaan buat ayah dan emak..…

Nfn….salam tajdid..dan senyum selalu..:)

Monday, February 1, 2010

"ISTIMEWANYA DIRIMU HAWA...."

"Seorang wanita solehah adalah lebih baik
daripada 70 orang wali.

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada
70 lelaki soleh.

Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk
daripada 1,000 lelaki yang jahat.

2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih
baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak
hamil.

Wanita yang memberi minum susu kepada
anaknya daripada badannya (susu badan) akan
dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu
yang diberikannya.

Wanita yang melayan dengan baik suami yang
pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan
mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur
yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang
sakit akan mendapat pahala seperti
membebaskan 20 orang hamba.

Wanita yang melihat suaminya dengan kasih
sayang dan suami yang melihat isterinya dengan
kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh
rahmat.

Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan
berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga
adab rumahtangganya akan masuk syurga 500
tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi
ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu
akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu
suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat
daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari
kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan
oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia
hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun
pahala ibadat.

Wanita yang menguli tepung gandum
dengan "bismillah", Allah akan berkatkan
rezekinya.

Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan
mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada
suami, Allah akan mengizinkannya untuk
memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia
suka.

Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70
tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada
satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari
selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati
syahid.

Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan
mendapat pahala 12 tahun solat.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan
mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita
memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala
tola perak.

Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan
suaminya akan memasuki syurga.

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah
Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri
kepada wanita yang memberati auratnya iaitu
memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

RENUNGANLAH... WAHAI WANITA
Sungguh istimewa. Jadilah yang terbaik. Sebagai
anak, isteri dan ibu yang solehah. InsyaAllah.

"WARKAH UNTUKMU ADAM....."

Wahai Adam

Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

Wahai Adam

Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Wahai Adam

Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Wahai Adam

Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... Terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Wahai Adam

Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut. Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Wahai Adam

Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Wahai Adam

Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini.

Wahai Adam

Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Wahai Adam

Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut- pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku... akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam.... pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Wahai Adam

Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...

Maafkan aku sekali lagi Adam... seandainya warkah yang kulayangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.... jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu..... Tetapi... Percayalah!!!.... bukan emas kucari... bukan berlian yg kupinta.... tetapi... hanyalah hati yang tulus ikhlas dirimu Adam...

" untuk renungan diriku dan dirimu..."

“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman:
Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan
memelihara kemaluannya; yang demikian itu
adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya
ALLAH lebih mengetahui apa yang mereka
lakukan.
” (an-Nuur: 30)

“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi
itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang
bukan sejenis yang tidak halal baginya.” (Riwayat
At Tabrani dan Baihaqi.)

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-
anakmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah
mereka menghulurkan (melabuhkan) jilbabnya
(tudung kepala yang labuh menutupi dada) ke
tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka
lebih mudah dikenal dan tidak diganggu. Dan
ALLAH adalah Maha Pengampun Lagi Maha
Penyayang.” (al-Ahzaab: 59)


Aishah r.a. berkata, “
Nabi tidak pernah menyentuh
tangan-tangan wanita ketika berbaiah.
Sesungguhnya berbaiah dengan wanita-wanita
Islam berlaku dengan cara percakapan.
(RiwayatBukhari)

Jarir r.a. berkata, “Saya pernah bertanya kepada
Rasulullah berkenaan hukum melihat aurat wanita
secara tidak sengaja, maka Rasulullah menyuruh
saya mengalih pandangan saya ke arah lain.”
(Riwayat Muslim)

Abbas, Ibn Omar, Atha, Ikramah dan lain-lainnya
berpendapat:
“Seseorang wanita Islam hanya
boleh mendedahkan wajah, dua tapak tangan dan
cincinnya di hadapan lelaki yang bukan
mahrimnya.
” (As-Syeikh said Hawa di dalam
kitabnya Al-Asas fit Tafsir)
(Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)

“Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah
dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda
Rasullulah:
Wahai Asma! Sesungguhnya seorang
gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya
menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan
tangan dan wajah saja."
(Riwayat Muslim dan
Bukhari)
“Dunia ini adalah perhiasan dan seb

“Semua anak Adam (manusia) itu sering membuat kesalahan (dosa) dan sebaik-baik manusia yang membuat kesalahan (dosa) itu ialah orang-orang yang suka bertaubat."

“Katakanlah kepada wanita yang
beriman, “Hendaklah mereka memelihara
pandangan mereka dan kemaluan mereka dan
janganlah mereka menampakkan perhiasan
kecuali yang biasa ternampak daripadanya. Dan
hendaklah mereka menutup kain kudung sehingga
labuh ke dada mereka dan jangan
menampakkan perhiasan kecuali kepada suami
mereka, ayah mereka, ayah suami mereka, putera-
putera mereka, putera-putera suami mereka,
saudara-saudara lelaki mereka, putera-putera
saudara lelaki mereka, putera-putera saudara
perempuan mereka, wanita-wanita mereka, budak-
budak yang mereka miliki, pelayan-pelayan lelaki
yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita,
atau anak-anak yang belum mengerti berkenaan
aurat wanita.”


(Riwayat at-Tirmizi)









"TIP-TIP KESIHATAN"

SENGATAN KALA JENGKING
Redakan kesakitan akibat disengat kala jengking dengan menumbuk lada hingga halus dan dicampur dengan minyak kelapa. Tampalkan pada tempat yang terkena sengat tadi.

TAPAK TANGAN KASAR

Ambil sebiji bawang merah,kupas kulitnya setelah itu hancurkan bawang merah tersebutdan sapu pada tangan yang kasar tadi.

BUAH CIKU
Buah ciku yang masak memang baik untuk pencernaan. makan 2biji ciku setiap hari akan menghindarkan sembelit. selain daripada itu daun ciku juga boleh merawat sakit perut memulas dan kerap buang air besar.
MENGHINDAR PENYAKIT
Makan sedikit garam kemudian minum segelas air suam pada waktu pagi, selain dapat menghindari penyakit, ia juga dapat membersihkan jantung dan paru-paru.
DEMAM PANAS
Ramas semangkuk asam jawa dengan beberapa kuntum bunga raya. selawat sebanyak 3kali kemudian sapukan ke kepala dan seluruh badan. biarkan sehari.
MENGGEMUKKAN ANAK YANG KURUS
Jika anak anda kurus, cubalah rawatinya dengan memberi air beras yang mendidih. amalkan memberi minuman ini selama seminggu.
PENAWAR SAKIT KEPALA
Jika anda sering diserang sakit kepala, selain makan ubat,amalkan petua ini :
- Ramas beberapa helai daun sirih di dalam mangkuk yang berisi air.
- Kemudian basahkan kepala dengan air dan daun sirih tersebut sambil memici-micit kepala selama 15minit.
- Tumbuk enam helai daun sawi hingga lumat. Campurkan dengan sedikit garam , lumurkan serta gosokkan perlahan-lahan pada dahi dan pelipis.
- Ramas asam jawa

Tuesday, January 12, 2010

" SELAMAT HARI LAHIR SAHABATKU...."




SELAMAT TAHUN BARU...& SELAMAT HARI LAHIR
BUAT SAHABATKU TERSAYANG....
tanggal 10hb yang lalu...genap 20 thn umur sahabt ku..
pertama SITI NORHIDAYAH NIZAM
dan yang kedua NORAISYAH BT ABD AZiz
hum...dah tua dah diorang nie kan...hehe
HIDAYAH NIZAM
-shbt ana wktu susah senang...best frenzs la...
-sahabt baik ana kat skol menengah sampai skrg..
-sekarang belajar kat UNIKL..amik electrical...
-family dia baik sgt...dah mcm family sendiri..
-mak ayah dia...mak ayah ana jga,hehe
-anak tunggal dalam family...
-seorang shbt yang memahami...dan penyayang
-dah besaq panjang dah nie...jgn nakai2 taw...he3
-mge persahabatan ini berkekalan selamnya...


NORAISYAH ABD AZIZ
-Shbt baik ana d KUIS nie...
-sma kos dan sekelas...
-seorang yang penyayang,memahami...dan sekepala...hehe
-sekampung....dan sebandar...
-humm...pepun...epi besday yaah...
-dah tuwer dia...jgn nakal2 taw
-minta tunjuk ajar...dalam menimba ilmu..
-sama2 berjuang...dalam menuntut ilmuu...


BUATMU SAHABATKU....
Dialah di cc tatkala diri dicemuh,
Dia mempercayai kala tiada yang percaya,
Dia sentiasa tersenyum walau ape jua silap kita,
Dia sedia memaafkan walau dirinya terluka,
Dia sedia melindungi walau dirinya menghidu bahaya,
Dia berbisik kalimah 'sabar' tika diri duka,
Namun sukar mencari dirinya...
kerana getarannya istimewa...sahabat sejati...
Hadirnya sukar dicari ganti...
Hadiah Dari Illahi,
Mga bertemunya kembali di syurga Hakiki....


"tiada ungkapan PERPISAHAN dalam PERSAHABATAN,
Walaupun MAUT menjadi noktahnya, kerana seorang sahabat itu
ISTIMEWA di dalam doa saudaranya yang lain....biarpun tanpa bayangannya"



....kalau laen kali saya dapat kawan lagi...saya harap dia x sama macam awak..
sebab saya cume nak sorang saje yang mcm awak dalam hidup saya...."

tidak lupa juga buat sahabat2 yang akan menyambut hari lahir
tidak lama lagi....
-NURFARAHIN BT YUSOFF - 15JAN90
-NURUL 'AIN BT MAT RODZI- 18JAN90
-KAK FAZREEN BT FARID AZMI- 23JAN89
-NUR AFIQAH BT ANUAR- 26JAN90
-KAK SAADAH -28JAN89
-NIK SYIFA' BT NIK MOHD ROSDI- 30JAN90
-NOOR NADZIRAH ISMAIL-30JAN90


SELAMAT HARI LAHIR SAHABAT2...MGE DPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN DAN MENDAPAT KEREDHAANNYA...
TABAHKAN HATI...KUATKAN SEMANGAT...inallahama'ana...:)




"Jika dikata embun pagi itu suci,
suci lagi pengorbanan dan keikhlasan,
jika dilihat pulau itu indah,
indah lagi sebuah pertemuan,
jika rasa mutiara itu bernilai,
bernilai lagi sebuaH persahabatan..."








Tuesday, January 5, 2010

"pandangan Datuk Dr Harun Din tentang isu kalimah Allah (bhg1)

Tuesday, December 1, 2009

"PANDUAN KESIHATAN SECARA ISLAM" - siri 1



Cara- Tidur Yang Sebaik-baiknya Diamalkan oleh Rasuullah s.a.w.
# tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 malam dengan keadaan berwudhuk
# Bangkitlah awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwudhuk dan bersembahyang tahajjud
#kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar
#tidurlah dengan mengiringkan badan
di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas , supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. tidurlah sedemikian darri mula hingga akhirnya.

Waktu-waktu yang Tidak Dibenarkan Tidur
- awal-awal pagi setelah terbit matahari
- selepas waktu asar -tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan

Bahaya tidur di siang hari
dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:
+ mendatangkan penyakit-penyakit kulit
+ merosakkan warna kulit

+melemahkan jantung

+menambahkan tekanan perasaan yang meluap
+melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat

+ melemahkan kecerdasan akal

Saturday, November 28, 2009

"indahnya KASIH SAYANG"


Indahnya kasih sayang itu jika ia diamati dgn sebenar2nya....
rugila jika kita tidak menghargai rasa syg itu walaupun hanya sedikit...
syg menyayangilah antara kita semua....di antara satu sama lain....
semailah kasih syg dan benih dan bajailah ia...dgn seikhlas hati....
hnya yang merasai....dpt merasai...kasih sayang itu....
tanpa kasih syg tiadalah UKHUWWAH......

"kuntum cinta rabitah ini akan terus berbunga dan tumbuh segar, sesegar kuntuman nailofar, ianya berputik di sini , akan berbunga dan bersemi di SANA, Ya Allah...satukanlah hati kami para pejuang agamamu........mogajelas fikrah dijiwa dalam perjuangan islam tercinta untuk merebut mardhatillah utk selamanya...."

"fitrah insan ingin mencintai, raikan ia dengan cinta illahi, fitrah insan ingin merindui, sambut ia dengan rindu syafaat Nabi, fitrah insan ingin mengasihi, hidupkan ia dgn kasih berukhuwwah kerana Illahi, jgn salahkan fitrah kerana hakikatnya suci, cuma nafsu yang menodai....moga kembali kepad afitrah hakiki'

Wednesday, November 25, 2009

DIKEMASKINI "KPT lulus kenaikan yuran kami: KUIS"

Malaysiakini-25hb november 2009
Kenaikan yuran pengajian di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dibuat selepas persetujuan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), kata seorang pegawainya.

"Isu kenaikan yuran, kita ikut KPT. Sebarang kenaikan setiap yuran akan dibentangkan dalam mesyuarat lembaga pengarah (KUIS) dan mendapat persetujuan mereka.

"Kadar yuran yang dikenakan, telah dipersetujui oleh kementerian. Sebarang kenaikan, kita kena mohon kepada KPT," kata eksekutif pemasaran kolej itu Raja Nor Ashikin Raja Ramli kepada Malaysiakini.

Beliau diminta mengulas tindakan sekumpulan kira-kira 40 pelajar KUIS yang menghantar memorandum kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kelmarin yang menggesanya campur tangan berhubung isu kenaikan yuran pengajian peringkat diploma dan ijazah.

Mulai 2007, pelajar diploma membayar RM2,500 seorang bagi setiap semester – kenaikan RM1,000. Manakala pelajar peringkat ijazah sarjana muda membayar RM5,000 seorang bagi setiap semester – kenaikan RM2,500.

Raja Nor Ashikin juga berkata, Timbalan Rektor Akademik dan Pembangunan Mahasiswa KUIS Mohd Khairi Hussin pernah mengadakan pertemuan dengan pelajar pada 10 November lalu bagi menjelaskan kedudukan sebenar isu kenaikan yuran pengajian.

Bagaimanapun pegawai pemasaran itu tidak pasti dengan hasil dialog tersebut – yang turut disertai oleh kumpulan Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) yang ke pejabat menteri besar itu.

Tambahnya, KUIS juga memberi diskaun yuran pengajian kepada pelajar cemerlang yang mendapat jumlah markah purata terkumpul CGPA sebanyak 2.8 ke atas.

"Kita juga mengenakan yuran diskaun, bagi pelajar yang cemerlang, iaitu mengurangkan yuran pengajian mereka.

"Sebagai contoh, pelajar yang mendapat jumlah mata 3.5 ke atas, mereka diberi yuran diskaun sebanyak 15 peratus.

"Pelajar yang mendapat mata 2.7 ke bawah, tidak ada potongan," katanya.

Pegawai KUIS itu juga berkata, insitutusi juga turut mencetak dalam borang permohonan mengenai struktur yuran bagi kedua-dua peringkat untuk diisi oleh pemohon.

"Kami tidak ada apa-apa yang hendak disorok," katanya.

Sementara itu, diminta mengulas memorandum tersebut petang ini, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan cuba menyelesaikan bebanan yuran pengajian setelah mendengar penerangan daripada kedua-dua pihak.

"Kita akan dengar bukan sahaja daripada mahasiswa KUIS, tetapi mahasiswa lain juga, kita akan dengar.

"Mereka mesti mempunyai alasan yang munasabah yang mereka akan utarakan," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat exco di Shah Alam petang ini.

"Kerajaan negeri prihatin dan cuba untuk menyelesaikan masalah (ini), di samping cuba memikirkan kerana pengajian tinggi ini memerlukan dana-dana yang banyak, antara dana yang diperlukan adalah kutipan yuran tersebut".