SELAMAT DATANG

Saturday, July 11, 2009

"JANGAN JATUHKAN KELANTAN..."

KANGAR, 12 Julai - Bekas mufti Negeri Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan dengan terbuka di dalam blognya supaya tidak menjatuhkan kerajaan Negeri Kelantan yang sedia ada.


Di dalam kenyataan ringkas bertajuk 'Jangan Jatuhkan Kelantan' itu beliau berkata "Melihat kepada usaha-usaha islamisasi di Kelantan yang telah dan sedang dilakukan, maka saya berpendapat sebarang kegiatan untuk menjatuhkan Kerajaan Kelantan yang sedang ada amat tidak wajar dan menyanggahi ruh Islami seorang muslim, bahkan jiwa seorang insan biasa yang adil dalam penilaian pun."


Beliau berpendapat supaya Kelantan dibiarkan dengan caranya yang tersendiri kerana mereka muslim dan cuba memerintah dengan pendekatan yang tidak menyanggahi syariat, sebaliknya cuba memenuhi tuntutan syariat Islam.


Menurut beliau juga sebarang usaha menjatuhkan Kelantan hanya menimbulkan salahfaham mereka yang bersemangat Islam terhadap Kerajaan Pusat.

Kenyataan ringkas yang di siarkan semalam itu, boleh di baca pada pautan berikut: http://drmaza.com/home/?p=668

0 comments: