SELAMAT DATANG

Tuesday, February 2, 2010

“ DAKWAH VS AKADEMIK “

“ InsyaAllah kalau kita bersusah-payah dengan dakwah dan tolong agama Allah, nescaya Allah akan tolong kita,” kata seorang Exco dakwah di sebuah kampus.

DULU-DULU

Pada ketika dahulu ada artikel menceritakan bagaimana seorang siswi yang aktif berdakwah sehingga tidak sempat membuat persiapan untuk peperiksaannya, telah bertawassul dengan nama mursyid jemaah beliau, lalu tertidur di dewan peperiksaan. Sebaik sahaja dia terjaga dari tidur, kertas peperiksaannya sudah penuh dengan jawapan dan beliau mendapat kepuusan yang cemerlang!!!!

Itu kalau versi “hikayat menjadi”.

Bagi yang tidak menjadi, pernah pada suatu era, ada aktivis dakwah yang menganggap kesanggupan menggagalkan diri daripada pengajian atas nama dakwah adalah satu pengorbanan yang ditabik rakan sepasukan. Kita tolong Allah, Allah akan tolong kita…mudah saja sifirnya.

Contoh-contoh eksterm begitu adalah fenomena yang biasa pada era70’an dan 80’an.

HARI INI

Namun hari ini, contoh begitu mungkin sudah tidak sebegitu biasa kita dengar. Perbuatan membuang atau pekerjaan kerana mahu berdakwah sudah jarang-jarang sekali sampai ke telinga kita. Akan tetapi, sikap yang berlegar dalam mindset yang masih sering dilihat dalam catatn aktivis dakwah di kampus hingga ke hari ini.

Persoalannya kini…

Bahawa ramai pelajar yang bersemangat dan aktif dengan dakwah, kecundang di bilik darjah. Tumpas di dewan kuliah.

Apakah golongan yang kecundang akademik hanya dari kelompok dakwah??

Tentu sahaja tidak…

Mereka yang lemah dalam bidang pengajian atau mungkin terus gagal, terdiri daripada mereka yang pelbagai identitinya. Mungkin yang mabuk bercinta,mungkin yang kaki gig, hantu facebook, mungkin yang tiada sebab apa-apa pun. Punca kemunduran akademik memang pelbagai. Tetapi apa yang ingin diperbahaskan kali ini adalah soal hubung kait aktiviti dakwah dengan aktiviti kuliah. Kegagalan peribadi yang sepatutnya kekal di peringkat peribadi, tetap berisiko menjadi fitnah ke atas agama!!

Kenapa suka berdakwah tetapi lesu di bilik kuliah??

Carilah keseronokan di dalm mengerjakan amal Islami. Berdakwah jangan hanya kerana soal kewajipan atau mengikut trend semata. Dakwah harus datang daripada kepercayaan diri bahawa setiap satu tugasan dakwah, menambah makna dan nilai dalam hidup.

Tetapi pada masa yang sama, keseronokan dakwah itu jugalah yang kemudian menjadi salah satu sebab mengapa aktivis dakwah di kampus hilang minat dan tumpuan pada pelajaran. Mereka bertemu dengan kepuasan dan keinginan dalam berdakwah, tetapi tidak di dalam bilik kuilah.

Tidak dinafikan, sama sahaja pelajar di bidang sains,undang2 atau apa jua boleh saja terjadi. Penyakit hilang minat dan keghairahan terhadap mata pelajaran di bilik kuliah sering berlaku.

Dakwah menjadi tempat mahasiswa dan mahasiswi ini melarikan diri daripada tekanan dan kebosanan dan segala perasaan negative yang dialami semasa menghadiri kuliah, tutorial dan menyiapkan assignment. Segala perasaan yang tidak seronok lagi merimaskan itu, dapat dilupakan seketika semasa hadir ke dalam usrah,tamrin,ceramah, dan majlis ilmu lain.

Berikut di atas adalah sebahagian daripada petikan di dalam buku SOLUSI isu no16.. artikel ini diselitkan dalam bahagian HIKMAH dalm muka surat 26. Penulis adalah Hasrizal Abdul Jamil.

Salam indah menyulam madah..salam kerinduan buat sahabat2 pembaca blog ini…terima kasih kerana terus setia menatap dan membaca isi2 yang tersurat di blog TINTA SRIKANDI STYLO ini..:) syukran jazilan…

Jika kita lihat pada tajuk atau isi artikel di atas yang dimuatkan di dalam buku solusi keluaran terbaru ini…isu atau perkara ini dilihat serius dan dipandang penting oleh dari banyak pihak…yer la…kalau tidak manakan ia menjadi tajuk artikel dalam buku solusi pada kali ini…

Nfn: saya berpendapat bahawa tidak semestinya apabila kita terlalu focus atau tumpu kepada kerja dakwah..kita mengabaikan akademik.. ia seharusnya berjalan seiringan dan seimbang..mungkin ianya merupakan kisah dahulu yang banyak terjadi dan dibawa dan disamakan pada waqi’ kita pada hari ini..

Ini dapat dibuktikan apabila ada kisah di mana beberapa aktivis dakwah yang aktif di dalam kampus mendapat keputusan yang cemerlang dan merupakan pelajar terbaik di dalam fakultinya..bukan seorang dua..tetapi ramai..jadi ia bukanlah hanya teori semata2..ianya terbukti benar..dan berkesan..dengan cemerlangnya kita dalam akademik lah yang akan membawa kita mudah dalam menyampaikan dakwah..dan senangnya mad’u menerima dakwah kita…

Seperti yang dikatakan oleh guru saya…dalam berdakwah, kita perlulah menitikberatkan akademik… syukran guruku…

Sahabat2 yang dikasihi…sepeti yang kita maklum…tidak lama lagi kita akan menghadapi pepriksaan akhir untuk sesi ini…pelbagai usaha yang dilakukan untuk mencapai kecemerlangan pada peperiksaan ini…begitu juga saya…sejak beberapa hari yang lepas..setelah mendapat semanagt baru..untuk belajar…saya semakin berkobar2 dalam mencapai matlamat yang saya gariskan untuk semester ini…mudah2an…dengan usaha,doa berkat dan kebergantungan yang kuat dengan Allah…kita dapatmencapai apa yang kita impikan…

Syukran guruku….:)

DAKWAH yang UTAMA dan AKADEMIK yang PERTAMA

Matlamat yang hendak dicapai perlulah jelas dan spesifik…lakukan perubahan dan transformasi dari sekarang…

2 minggu masih belum terlambat sahabat2…!!!! Mula sekarang!!!! Jika ingin mencapai……………matlamat yang besar…

MATLAMAT BESAR + USAHA BESAR…

Akhir kalam…salam imtihan buat sahabat2ku tersayang dan tidak lupa buat adikku MOHAMMAD AMIN..buat yang terbaik..berikan kejayaan buat ayah dan emak..…

Nfn….salam tajdid..dan senyum selalu..:)

0 comments: